Tuesday, September 25, 2018

Review Terbaik Penapis Air Di Malaysia (Cuckoo VS Coway)

Post kali ni Mr.Z nak share pasal perbezaan antara penapis air aka water filter Coway dan Cuckoo.

Mr.Z yakin mesti korang tengah dilemma sekarang ni nak pilih mana satu yang terbaik kan? Betul tak?

Sekarang ni macam-macam brand ada sampai tak tahu mana yang bagus. Jadi, sebagai pengguna ni kita haruslah bijak!

Alang-alang membeli tu mestilah kena pilih yang betul-betul terbaik kan?

Bukannya apa nak cari duit sekarang ni bukannya senang. Salah beli nanti merana poket tak pasal-pasal bayar sampai abis kontrak baru boleh tukar...

Dan sekarang ni memang brand famous yang paling ramai orang pakai dan duk survey dah tentulah Cuckoo atau Coway.

Oleh itu dengan baik hatinya Mr.Z nak share dengan korang yang mana satu terbaik untuk korang guna.

Sebelum tu, review Mr.Z ni tak berat mana-mana tau... ni pendapat Mr.Z je.

Jujur kalau korang tanya Mr.Z antara cuckoo dan coway mana lagi baik jawapan Mr.Z..

TAK BANYAK BEZA PUN... HEHE... JANGAN MARAH!

Tapi memang betul! Secara umumnya, kedua-dua ni bagi korang air bersih, ada panas sejuk dan ada orang datang servis ke rumah...

Tapi bagi Mr.Z ada 3 perkara ni yang paling penting korang kena tau perbezaan Coway vs Cuckoo ni iaitu:

1. Harga

Dah tentulah bila kita nak beli semestinya kita nakkan harga yang paling murah dengan ciri yang paling baik kan. Kalau kita compare mostly harga penapis air Cuckoo lebih murah berbanding Coway.

Contohnya, kalau Cuckoo harga promo diaorang boleh dapat serendah RM56.60 lebih rendah dari Coway yang mana berharga RM65 untuk model yang paling murah. (Ini pun masa promo je lah).

2. Kualiti Air

Bab kualiti air ni Mr.Z tertarik dengan Cuckoo satu je sebab kualiti air dia adalah air mineral atau mild alkaline. So untuk harga lebih murah tapi kualiti air lebih better bagi Mr.Z it's a good deal!
Untuk Coway pula kebanyakkan model penapis air coway menghasilkan air Reverse Osmosis (RO) atau air minuman. Bukannya tak bagus air RO ni cuma tekak Mr.Z takleh terima sebab rasanya kadang2 macam minum air paip. No offense! Hehe

Kalau korang tanya Mr.Z mana satu bagus untuk korang... Mr.Z tak tahu...

Bergantung kepada apa tujuan korang nak dapatkan penapis air ni... kalau tujuannya sekadar untuk memasak atau buat air kordial untuk masuk peti ais Mr.Z rasa RO water pun ok dah. Tapi kalau memang akan kerap untuk minum direct atau buat susu anak Mr.Z lebih baik dapatkan air mineral... lebih baik untuk kesihatan.

3. Servis

Untuk servis pula, servis penapis air Coway ni diaorang buat 2 bulan sekali dan Cuckoo pula diaorang buat 4 bulan sekali.

Kalau cek apa beza dia, kalau korang tanya orang Coway diorang kata cuci lagi kerap lagi bersih.
Tanya orang Cuckoo pula diorang kata 4 bulan sekali tu diorang akan tukar terus filter dalam tu kepada yang baru berbanding Coway yang hanya cuci je filter tu.

Tapi kalau korang tanya Mr.Z, frankly Mr.Z tak kisah sangat bab ni asal ada orang servis dah la kan. Tu bagi Mr.Z la.

Secara keseluruhannya, kedua-dua jenama ni tak banyak beza tetapi untuk nilai yang lebih berbaloi dengan jumlan duit yang sama korang bayar.

Penapis air cuckoo lebih banyak kelebihan walaupun dengan harga yang lebih murah sebagai contoh kalau korang buat perbandingan antara model ICON dari Cuckoo dan model VILLAEM dari Coway.



Kedua-dua model ni kalau korang nak banding macam Honda City dan Toyota Vios. Kira sama level lah.

Dari segi harga, Icon korang boleh dapat dengan harga RM113.21 dan Villaem boleh dapat dengan harga RM118.00.

Walaupun Icon lebih murah tapi korang boleh dapat air mineral dengan fungsi touch screen digital lagi...canggih la sikit nampak moden berbanding villaem yang bagi air RO dengan design jenis lama yang tekan-tekan tu.

Kesimpulannya, tak kiralah korang nak amek Cuckoo atau Coway, Mr.Z cadangkan korang grab dulu Voucher bernilai RM265 ni.

Btw, voucher ni Mr.Z pun tak tahu diorang offer sampai bila tapi amik je dulu so bila korang rasa macam nak pasang nanti dah jimat banyak kan!.

Korang boleh tebus walau kat manapun lokasi korang... plus nanti akan ada executive diorang yang akan bagi FREE Consultation untuk terangkan dengan lebih terperinci tentang Cuckoo ni. Korang jangan risau diorang tak paksa korang beli.

Contohnya kalau korang pening nak pilih model apa yang sesuai untuk kegunaan atau kediaman korang... korang bagitau keadaan korang dan diorang akan explain apa model yang paling terbaik untuk kegunaan korang tu.

So taklah rugi nanti kalau terbeli model yang tak sesuai dengan keperluan kita. Menyesal kemudian tak berguna sebab kontrak dah jalan dan nak tukar model pun dah tak boleh. So bayar je lah nanti dengan penuh penyesalan setiap bulan... huhu.

Special untuk pembaca blog Mr.Z je ni. Kalau korang nak dapatkan klik cepat2 kat sini untuk dapatkan FREE voucher & FREE Consultation tu -> https://bit.ly/2NHrIn7